Sunday 2 August 2015

WARNA WARNI  KEHIDUPANKU

Tahun berganti tahun.. hari berganti hari... ya aku kini da menjangkau angka 30an begitu pantas masa berlalu... banyak benda yang aku nak dalam kehidupan ini belum tercapai.. terlalu banyak kisah pahit maung yang terlalu sedih bila dikenang... apa pun hidup ini harus diteruskan...



Langit itu tak selalunya cerah macam tu la juga kehidupan...  jika hari ini kita di atas siapa tahu esok lusa pasti di bawah... apa yang penting hidup jangan terlalu sombong... ikut aturan alam... inshaAllah pasti hidup ini akan indah... yang penting hati jangan kotor dan elakkan fikiran yang negatif.... pasti yang akan datang nanti yang positif sahaja...




Wednesday 16 October 2013

mimpi

Selalu nya jika aku terbangun dari tidur dan bermimpi esoknya pasti akan ku cari tafsir mimpi tu sama ada melalui internet... pengertian sangat berbeza kadang kala mimpi tu mempunyai makna yang baik dan tak baik sekaligus. walaupun ada yang menggatakan mimpi itu cuma mainan tidur ... tapi ada juga yang menunjukkan sesuatu ataupun sebagai satu petanda kepada diri sendiri.. 

contohnya semalam aku bermimpi diberi anak /baby lelaki yang aku ingat aku sempat beli susu dan pampers nya.. sekali lagi anak itu nak diambil tapi hakikatnya ada orang yang mempertahankan bahawa anak lelaki itu adalah anak kepada kawan nya dan diberikan kepada ku... jika ku cari tafsir mimpi berkenaan pemberian anak tersebut.. ada pendapat yang menyatakan mimpi diberi anak seseorang itu akan mendapat rezeki yang besar.. tapi sebaliknya ada pendapat yang menyatakan ia berkaitan dengan SAKA .. Nahuzubillah...  dan akhirnya aku tebangun dan jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.... 

aku juga pernah bermimpi anak kecil / bayi yang bermain di bolkoni rumah diambil oleh jin dan membawa nya terbang... tetapi di atas awan ada orang yang menyuruh bayi itu dikembalikan.. dan akhirnya bayi itu selamat dikembalikan. itupun selepas jin itu bertarung dengan orang tersebut. 

walauapa pun itu cuma mimpi... mimpi lebih sinomim dengan mainan tidur. berserah sahaja kepada qadak dan qadar ALLAH S.W.T. 

Thursday 3 October 2013

AKU DAN GABUSS AKA KIKI

AKU DAN GABUSS AKA KIKI

Baru je adopt kucing parsi baka jenis flat face ni... masa mula-mula ambil dulu umur kucing ni 3 bulan .... aku jaga macam baby2... 1st time jaga kucing setelah sekian lamanya ku tak pelihara kucing sendiri.. seingat aku tym aku pelihara kucing sendiri masa ku kecik-kecik ... bela kucing kampung sayang sepenuh hati... last2 kucing tu pergi meninggalkan aku.... sampai hari ni baru la tefikir nak pelihara kucing... ermmm... 

Beli kucing ni harga RM 400 tu pun ipar yg tlg carikan.... start hari pertama aku da bawa kucing ni tuk jarum vaksin. nasib baik lah kawan ada kerja kat jabatan haiwan tu jd tak jadi masalah bagi ku untuk bawa kucing n minta ubat2 kucing yang lain. transit je kat klinik tu.. n pas bis keje sebelah ptg baru ambil.. oleh kerana kucing ni masih kecil jdi aku tepaksa vaksin kucing ni 3 bulan berturut2... n nanti nak jarum 3 serangkai pula.... cian....

Mulalah aku mencari makanan yang sesuai untuk kucing kesayangan... dari dry food ke makanan kering sume dibelikan... kurungan kucing, sikat, sympu, tempat tidur , mainan cakar2... huhhh.... haha tapi aku tak kisah lah asal kucing ku selesa di tempat baru....

 


 sgt cute kan.... aku syg sgt kat gabuss ni....